Cuba murid-murid perhatikan gambar buah-buahan ini.
Apakah nama buah-buahan yang anda dilihat?
Di mana boleh didapati buah-buahan tersebut?
Apakah khasiat memakan buah-buahan?
Langkah dan Masa | Huraian hasil pembelajaran dan kandungan | Aktiviti pengajaran dan pembelajaran | catatan |
Induksi set 5 minit | 1. Kepentingan makanan daripada pertanian | 1. Murid melihat gambar-gambar buah-buahan melalui power point. Murid menjawab soalan guru a) Apakah nama b) buah-buahan yang anda dilihat? b) Di mana boleh didapati buah-buahan tersebut? c) Apakah khasiat memakan buah-buahan? d) Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran? ( makanan berasaskan pertanian ) | BBB. Gambar buahan |
Langkah 1 10 minit | 4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain | 1. Guru menunjukkan gambar pokok pisang 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pisang
3. Guru menunjukan gambar hasil daripada buah pisang 4. Guru meminta dua orang murid mencerita pengalaman mereka membantu ibu atau keluarga mereka membuat kerepek | BBB: Gambar digital –pokok pisang, hasil daripada buah pisang. Nilai ; Kebersihan sewaktu membuat kerepek, memasak goreng pisang |
Langkah 2 20 minit | Aras 3 Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar. Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. | 2. Guru mengutarakan beberapa soalan kepada murid tentang kegunaannya dan hasil makanan yang diperolehi dari tanaman tersebut. 3. Makanan yang dihasilkan daripada tanaman-tanaman lain seperti nenas, betik dan lain-lain 4. Murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul 5. Guru dan murid berbincang tentang teks tadi 6. Murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar tanaman tadi. | BBB: Teks (M/S 2) |
Langkah 3 20 minit | Aras 1 Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca. | 1. Guru membahagi murid kepada 3 orang dalam satu kumpulan 2. Murid menjawab lembaran kerja teka silangkata dalam kumpulan -Ketua kumpulan membaca jawapan 3. Murid menulis 4 ayat tunggal berdasarkan makanan berasaskan pertanian | BBB: Teka silang kata/lembaran kerja/komputer KB: Menjawab teka silang kata Kecerdasan pelbagai |
Penutup 5 minit | 1 Guru dan murid menyanyikan lagu buah-buahan | Bahan audio (lagu buah-buahan) dan Lirik lagu |